Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Rabu, 20 April 2011

::kedekut ilmu??::

assalamualaikum.. rasanya dah lama tak update blog..dengan sekian banyaknya kerja, tidak sempat menyempat untuk membincangkan banyak perkara yang terjadi saban hari dalam blog ini..
firstly, sempena musim peperiksaan di USIM ini memang amat menakutkan..disana-sini banyak orang ke hulu-hilir menggendong buku..alangkah bagusnya jika perkara ini diamalkan sejak dari bangku sekolah lagi..ini adalah pesanan untuk diri sendiri yang lupa akan tanggungjawab untuk berbuat seperti itu..
secondly, baru-baru ini ana ada bermain satu 'game' bersama sahabat-sahabat sekelas sem ini. game ini sangat bagus untuk menilai sejauh mana keburukan dan kebaikan diri untuk orang lain. game ini memang biasa dimain ketika diploma dulu..tapi dibawa ke degree untuk memastikan diri ini sentiasa munasabah diri dan hati serta melihat tahap penilaian orang pada kita. thirdly, result yang dapat lepas 'game' ini..alhamdulillah..banyak yang positif daripada negatif..berubah daripada zaman diploma dulu...alhamdulillah...moga-moga lepas ini semakin berubah ke arah lebih positif..bertepatanlah dengan Islamic Theme kita.."hari ini lebih baik daripada semalam..". In addition, penilaian paling banyak dari sudut negatif adalah 'kedekut ilmu'. wah..ini adalah satu-satunya berita yang paling mengejutkan sebab tak sangka diri sendiri 'kedekut ilmu'..tak marah pun cuma terkejut sebab kenyataan itu amat merbahaya. bila ditanya pada sahabat-sahabat lain tidak ada seorang pun yang cakap ana kedekut ilmu..mm..tak mengapalah..mungkin tanpa disedari ana sudah melakukan kesilapan..cuma nak tahu dari sudut mana ana kedekut ilmu???...so, ana sudah rumuskan beberapa kriteria 'kedekut ilmu' yang ana tahu mungkin sahabat-sahabat klasifikasikan sebagai 'kedekut ilmu'...
1. mungkin sahabat-sahabat bertanya ana tentang sesuatu, tapi ana jawab tidak tahu..ana tidak tahu bagaimana perspektif sahabat-sahabat..bagi ana sendiri, jika ana kata tidak tahu sememangnya ana tidak tahu..seorang sahabat ana kata mungkin disebabkan expression muka ana macam tahu tapi ana kata tidak tahu jadi mereka ingat ana sorokkan ilmu itu..tapi, ketahuilah bahawa ana tidak akan cakap tidak tahu sekiranya ana tahu kecuali beberapa tempat. lepas ini ana akan ceritakan di mana tempat yang ana akan cakap tidak tahu walaupun ana tahu. dan maaflah sekiranya reaksi muka ana begitu...ana akan cuba ubah menjadi lebih baik lepas ini.. 2. antara tempat-tempat yang ana akan cakap tidak tahu walaupun tahu sekiranya dalam peperiksaan atau test atau yang sewaktu dengannya. itu sememangnya prinsip hidup ana yang tidak akan sesekali meniru atau memberi tiru dalam peepriksaan. ramai yang suka duduk sebelah ana time exam tapi akhirnya kecewa sebab ana tidak bagi apa-apa jawapan apabila ditanya. itu sememangnya prinsip ana dan perlu UMAT ISLAM menjadikannya sebagai prinsip hidup mereka. ana tidak rasa ana kedekut ilmu jika ana berada dikeadaan seperti ini kerana ini bukanlah termasuk dalam adab-adab menuntut ilmu. ana sarankan tidak perlulah sahabat-sahabat duduk dekat dengan ana time exam semata-mata untuk mendapat jawapan..ana bukanlah bijak..bagi ana biarpun ana dapat markah yang sedikit tetapi tidak meniru daripada dapat markah yang banyak tetapi meniru. kalau inilah sebab kenapa sahabat-sahabat kata ana kedekut ilmu, tidak mengapa..katakanlah sebegitu kerana itu memng prinsip hidup ana dari kecil lagi. 3. selain daripada dua diatas mungkin sahabat-sahabat kata ana kedekut ilmu kerana ana tidak menjawab pertanyaan sahabat-sahabat ketika ana sedang fokus dalam kelas. ketahuilah sahabat-sahabat sekalian..ana memang fokus dalam kelas kerana itulah satu-satunya cara ana nak berjaya dalam pelajaran..diluar ana tidak macam sahabat-sahabat, study buat review..jadi cara ana fokus dalam kelas adalah amat penting sekali. jadi segala perbualan ataupun persoalan yang diajukan ana tidak cakna ataupun kurang peduli. jadi, maaflah seandainya ana tengah fokus dan orang bertanya sesuatu ana tidak menjwab..maaf sangat-sangat..sebab ana dididik sebegitu..lagipun adab berguru, tidak boleh bercakap ketika guru bercakap..
then, ana tidak tahu apa lagi yang sahabat-sahabat pertikaikan pada masalah-masalah kedekut ilmu ini pada ana. namun, ana terima dengan hati terbuka dan insyaAllah segala yang buruk itu akan ana ubah..tapi, maaf dipohon sekiranya sesuatu benda itu bertentangan dengan prinsip ana, ana tidak dapat ubah kerana ana rasa prinsip ana sudah berada dijalan yang betul.
lastly, jika ada sebarang komen-komen lagi bolehlah beri pada ana. ana mengalu-alukan dan insyaAllah benda yang buruk akan ana ubah menjadi baik..InsyaAllah..dan jika sahabat-sahabat sendiri datang hendak belajar ilmu-ilmu yang ana tahu dipersilakan...tapi pesan ana, tengoklah keadaan dulu.. akhir kalam..selamat berjuang dijalan Allah dengan penuh keredhaan Allah..dan semoga kita semua berjaya dalam imtihan tidak kira imtihan kali ini atau imtihan yang Allah berikan selain daripada imtihan kecil ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

::sepanjangnya..:

"pelayaran kita pasti akan ketemu daratan..bahtera kita mungkin berbeza tapi tetap sama..menuju daratan yang hanya miliki dua perlabuhan sama ada..syurga/neraka..menang/syahid..tewas/mati sia-sia..itulah kepastian yang sepatutnya kita persiapkan......."

::ukhuwah lillah abadan abada::

::ukhuwah lillah abadan abada::

::dakwah itu indah::

::dakwah itu indah::

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

powered by blogger

1 : :