Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Ahad, 2 Januari 2011

::hatiku..qalbi..::

“…..saat Allah mencintai seseorang tempat pertama sentuhanNya adalah hati..disitulah Allah melenyapkan segala kesedihan dan putus asa akibat dari dosa mereka..kemudian Allah gantikan dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan bersih….maka hati pun berbisik…aku tahu bila Allah mencintaiku..saat aku membenci semua kejahatanku…”

Hati merupakan segumpal darah yang luar biasa maknanya. Hati bukanlah hanya ketulan daging tetapi batinnya sangat mendalam. Dari hati, terlahirlah segala macam emosi dan perasaan. Ya, otak merupakan penggerak utama manusia. Tanpa arahan dari otak, anggota dan fikiran manusia akan terhenti daripada kerjanya. Namun, pada hakikatnya, manusia tidak rasa semua itu daripada otak tapi daripada hati. Kenapa?

Apabila kita bercakap dengan seseorang siapa diri kita. Gerak tangan kita akan tunjuk pada hati kita bukan kepala. Hal yang demikian adalah kerana hat kita adalah diri kita. Hati berubah-rubah. Tidak tetap. Dan yang paling susah sekali adalah menetapkan hati kita. Sebab itu beriman dengan Allah dengan sebenar iman, menetapkan dalam hati bahawa Allah itu Esa, tiada Tuhan selain Allah, Nabi Muhammad adalah Rasullullah, menyebutnya dengan lidah dan menzahirkannya dengan anggota lain.

Dari sini kita dapat lihat :

• Menetapkan dalam hati : meneguhkan hati dan tidak akan pernah goyah hati kita bahawa tiada tuhan selain Allah serta Nabi Muhammad Rasul Allah.
• Menyebutnya dengan lidah : melafazkan iman itu dengan sebutan kalimah syahadah.
• Menzahirkan dengan anggota lain : tunjukkan rasa patuh pada iman dengan Allah serta RasulNya dengan membuat segala apa yang disuruh oleh Allah dan meniggalkan apa yang dilarangNya.

HATI. Kenapa mesti HATI. Perlulah disemat dalam memori. Hati yang bersih akan melahirkan personal diri yang mantap dan mampan serta berkualiti. Bagaimana pula cara mahu membersihkan hati? Tentulah dengan mentaati Allah dan Rasul. Disini ada sedikit inisiatif untuk membersihkan hati. Ini juga buat peringatan diriku yang sentiasa lalai dan leka :

• Sempurnakan SOLAT sesempurnanya. Ini bukan hanya bermaksud cukupkan solat lima waktu tetapi kesempurnaan solat itu adalah apabila mencegah daripada kemungkaran.
• Membaca al-Quran dan banyakkan berzikir.
• Berselawat keatas Baginda Sallallah hu alaihi wasallam.
• Muhasabah diri
• Membuat amalan-amaln sunnat
• Sentiasa meminta ampun daripada Allah dan meminta maaf pada manusia lain.
• Jangan sesekali lupa untuk bersedekah.
• Belajar untuk menjadi seorang yang berjaya dunia dan akhirat.
• Cuba mencari dan belajar ilmu-ilmu yang memberi manfaat
• Bersyukur pada Allah dan berterima kasih pada yang lain.
• Berdoa, teruskan usaha dan bertawakkal kepada Allah.
::sesungguhnya tidak rugi mencuba walaupun tidak berjaya tetapi sangat rugi pada orang yang tidak mencuba langsung untuk mengubah dirinya...teruskan perjuangan..innallah ha ma'ana..::

::sepanjangnya..:

"pelayaran kita pasti akan ketemu daratan..bahtera kita mungkin berbeza tapi tetap sama..menuju daratan yang hanya miliki dua perlabuhan sama ada..syurga/neraka..menang/syahid..tewas/mati sia-sia..itulah kepastian yang sepatutnya kita persiapkan......."

::ukhuwah lillah abadan abada::

::ukhuwah lillah abadan abada::

::dakwah itu indah::

::dakwah itu indah::

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

powered by blogger

1 : :