Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Khamis, 19 Mac 2009

CINTA SEORANG PEMUDA

Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya, cantik betul. Sungguh! Sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jari-jemarinyapatah, tapi takut nanti jari-jemari kami tidak boleh saling bantu-membantu di satu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Esa!
Saya suka tengok rambutnya. Cantik betul… sungguh! Sebab itu saya belikan dia tudung. Bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan dot dot dot itu sampaibila-bila… takut nanti dibakar dek api neraka, disuatu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Pencipta!
Saya suka tengok body teman wanita saya… solid betul. Sungguh! Sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa ‘dating’ dengan Kekasih dia Yang Utama , dia jaaaaaaauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala… syoknya!
Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak dapat tidur, tidak makan sebab rindukan saya. Saya pun macam itu juga. Si dia tanya, ‘Apa ubatnya, bang?’ Saya pun bagi dia al-Quran sebagai penenang jiwa… Semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya.
Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam; “makan, minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok… nanti awak sakit saya juga yangsusah hati.. bla bla bla bla.” Tapi bila tengok keluar sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib begitu saja, dia tidak kata satu apa pun. Aduuuuh… berdosanya saya!
Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, ber’dating’ di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya.Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah kami…semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya, di syurga nanti. Amin…

Jumaat, 13 Mac 2009

cinta..

saya tertarik dengan satu artikel....
MARAH KERANA CINTA, BUKAN KERANA BENCI· Oleh: Pahrol Mohamad Juoi
Saya masih ingat sikap `unik' (aneh) sesetengah orang-orang tua kampung dulu-dulu. Ruang di bawah rumah mereka selalunya diperuntukkan untuk meletakkan barang usang yang `kurang' atau tidak perlu. Selalunya botol-botol, tin-tin atau papan-papan buruk. Entah kenapa semua itu tidak dibuang. Hanya di letakkan begitu sahaja. Diguna tidak, dibuang pun tidak. Peliknya, apabila barang-barang `antik' itu hendak diambil oleh orang lain, cepat-cepat pula mereka melarangnya. Tak boleh ·nak guna, sayang, dan macam-macam alasan. Itulah sebuah analogi yang terlintas di fikiran bila saya ditanya tentang kemarahan umat Islam terhadap penyiaran karikatur menghina nabi Muhammad s.a.w oleh akhbar-akhbar Eropah khususnya Denmark.

"Encik tidak marah?" tanya seorang siswa sehabis sahaja majlis diskusi tentang topik berkenaan.

"Marah," akui saya perlahan. "Tak cukup begitu sahaja. Esok kita berarak, bakar bendera Denmark!"

Saya senyum. "Kita ada cara yang lebih baik. Ada senjata yang lebih hebat. Doa," balas saya.

"Kita kena tunjuk kemarahan kepada mereka yang menghina Rasul."

"Menunjukkan kecintaan kepada Rasul lebih utama."

"Marah itulah tanda kecintaan kita·

"Betul. Tetapi membuktikan kecintaan dengan mengamalkan sunnahnya jauh lebih utama."

"Encik takut?"

Saya renung matanya. "Mengamalkan sunnah Rasul memerlukan lebih keberanian· Tentangannya lebih hebat. Bahkan daripada orang Islam sendiri," tusuk saya perlahan.

"Kita bakar bendera mereka!"

"Kita `bakar' cara hidup mereka. Itu lebih relevan." Giliran dia pula yang diam. Mungkin siswa yang `terbakar' ini mula mengunyah maksud kiasan saya. Lalu saya ceritakan analogi awal tadi. Alhamdulillah, dia mendengar teliti.

"Kita dengan sunnah, seperti orang tua-tua dahulu dengan barang-barang usang di bawah rumah. Nak digunakan tidak, nak dijunjung jauh sekali, tetapi bila ada orang lain nak mengambilnya, barulah heboh konon nak digunakan."

"Bagaimana kita hendak tunjukkan perasaan marah?"

"Demontrasi depan manusia. Depan Allah, kita berdoa. Kita muhasabah, sejauh mana kecintaan kita kepada Rasul-Nya. Mungkin provokasi Barat membawa pengajaran tersirat."

"Pengajaran tersirat?"

"Ya, tersirat dari Allah· agar kita menilai semula benar-benarkah kita mencintai sunnah Rasul-Nya selama ini."

"Kemarahan ummah inilah buktinya," ujarnya bersemangat.

"Kemarahan cuma bermusim. Hanya luapan sentimen berkala. Namun kegigihan, kebijaksanaan, perancangan dan ketabahan jangka panjang amat perlu."

"Maksud encik?" Jelas dia terpancing dengan kilasan dan kiasan kata-kata.

"Jangka panjang, sudahkah kita mendidik generasi muda mencintai Rasul dan keluarganya? Saya risau generasi muda yang mabuk hedonisme kini tidak akan punya kemarahan yang sama seperti yang saudara alami."

"Saya ada kawan-kawan sebaya yang hidupnya lintang pukang, tapi masih marah bila Rasulullullah dipersendakan. Mereka akan turut berarak esok!"

"Hidup lintang-pukang? Macam mana tu?" tanya saya minta kepastian.

"Rock habis. Sembahyang tidak. Bergaul bebas biasalah·tapi cinta mereka terhadap Rasul tak luntur."

"Ajak mereka sembahyang dulu. Tak berarak pun tak apa. Cinta dulu, marah kemudian. Bila ada cinta, pasti ada marah bila kecintaan dicela. Tapi kalau marah saja, belum tentu ada cinta·"

Dia diam lagi. Kali ini diamnya lebih panjang. "Agaknya orang tua tu marah tak kalau kita ambil barang-barang berharga di atas rumah?" tanyanya tiba-tiba.

"Orang tua mana?" tanya saya semula. Hairan.

"Orang tua dalam analogi encik tadi itulah!"

"Soalan tu kurang umph," gurau saya.

"Habis soalan apa yang umph?"

"Agaknya orang berani tak hendak minta barang di atas rumah? Berbanding barang usang di bawah rumah?" balas saya.Termenung lagi dia. Seronok rasanya `membimbing' siswa ini berfikir.Terimbau luapan semangat saya sewaktu di kampus dulu. Beginilah pola berfikir saya.

Tiba-tiba dia bersuara, "tentu tak berani, kerana barang di atas rumah tentu lebih berharga."

"Begitulah sunnah, jika dihayati, diamalkan dan diperjuangkan. Ia nampak sangat berharga di tangan pencintanya. Musuh tak kan berani mengusiknya, apalagi nak menghinanya· ”

"Encik ni, tak sangka ke situ pula kiasannya."

"Kita orang Islam mesti menghormati diri sendiri terlebih dahulu, barulah orang lain akan menghargai kita. Justeru, jika kita marahkan musuh yang mengecam Rasul, marahkanlah juga diri kita yang tidak benar-benar mencintainya!"

"Dan bukti cinta amalkan sunnah Rasul. Itulah cara paling berkesan mempamerkan `kemarahan' kepada musuh-musuh yang menghinanya."

Alhamdulillah, saya yakin, kini marahnya kerana cinta bukan kerana benci. Dominasi cintakan Rasul bukan emosi bencikan musuhnya!

Moral : Umat Islam kini hanya gah pada perkataan islamnya. Bila diusik melatah macam orang hilang akal....Tapi berfikirkah kita bahawa Allah(SWT) dan Rasulullah(SAW) lebih malu serta murka melihatkan umatnya yang mengatakan ISLAM itu adalah agamanya tapi tingkah laku dan perangai serta kehidupan harian kita lebih kurang macam orang kafir laknatullah tu juga

hayatilah...

Hari silih berganti hari..
Jejak anbia' kekal di sini..
Kita penyambung warisan abadi..
Penerus generasi ibu pertiwi..
Langkah aturkan seribu visi..
Menaburkan jasa budi bakti..
Biar keringat gugur jatuh ke bumi..
Namun berundur tidak sekali..
Bersama kita bina cita dan harapan..
Demi hari ini dan masa depan..
Kita aturkan langkah seiringan..
Demi satu wadah perjuangan..
Hari ini..
Menjanjikan..kegemilangan..
Biar seribu onak duri dan halangan..
Tempuh dengan tekad kesabaran..
Tetap teguh berdiri gagah bergandingan..
Dipersada medan perjuangan...

::sepanjangnya..:

"pelayaran kita pasti akan ketemu daratan..bahtera kita mungkin berbeza tapi tetap sama..menuju daratan yang hanya miliki dua perlabuhan sama ada..syurga/neraka..menang/syahid..tewas/mati sia-sia..itulah kepastian yang sepatutnya kita persiapkan......."

::ukhuwah lillah abadan abada::

::ukhuwah lillah abadan abada::

::dakwah itu indah::

::dakwah itu indah::

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

powered by blogger

1 : :