Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Ahad, 19 Jun 2011

::dunia dan masalahnya::

Assalamualaikum warahmatullah wa barakatuh….

Setelah kian lama menyepi..banyak yang telah berlaku dalam kesepian itu. Dan dalam pada itu juga, kesepian menjadi semakin bingit sehinggakan hati kita tenggelam dan kelam. Nauzubillah..moga-moga hati kita sentiasa mengingati Allah Yang Maha Agung.

KINI…kita sendiri dapat saksikan betapa dahsyatnya bencana alam yang berlaku disekeliling kita. Namun, adakah kita tersedar dari tidur kita yang panjang? Adakah kita berfikir tiap satu bencana itu adalah berpunca dari tangan-tangan kita sendiri yang digelar manusia? Allah menurunkan semua bala bencana itu kerana diri kita sendiri. Kenapa saya berkata begitu??

MANUSIA. Nama sahaja gah, namun tidak menggunakan akal sebaiknya. Salah satu faktor kenapa fenomena ini berlaku adalah kerana maksiat dan kezaliman kita kepada Allah. Kita sebebasnya membuat semua perkara yang Allah larang dan meninggalkan segala yang Allah suruh. Bumi sudah terlampau uzur untuk menanggung segala dosa yang manusia lakukan. Ingatlah wahai diriku dan segala yang bernama manusia..setiap dosa yang kita lakukan PASTI akan Allah hitung dan membalasnya tidak kira di dunia mahupun di akhirat..

APA DOSA YANG KITA TELAH LAKUKAN??

Pertama sekali, dosa yang paling besar iaitu SYIRIK DENGAN ALLAH. Ianya membawa maksud, tidak mengEsakan Allah dan menduakanNya dengan yang lain. Kita, tanpa kita sedar atau dalam keadaan sedar berkata…

Semua bencana ini adalah berpunca dari proses alam semulajadi, tapi kita lupa bahawa Allah adalah punca segala sesuatu. Allah yang pencipta, pentadbir dan pemerintah segala-galanya.

Kita takut dengan bencana yang berlaku sekarang ini, tapi kita tidak takut pada Allah yang merancang segala-galanya.

Kita bercakap pasal hukum karma, tapi sebagai seorang muslim TIDAK PERNAH WUJUDNYA HUKUM KARMA dalam hukum alam. Pasal hukum karma ini, saya hendak berkongsi sedikit ilmu yang pernah saya pelajari. Hukum karma ini adalah berasal dari agama Hindu. Jadi, bagi seseorang muslim, tidak dibenarkan mahupun sekali berkata, “Saya percaya pada hukum karma..” . Kenapa? Kerana ianya seolah-olah kita percaya kepada agama Hindu yang mempercayai hukum karma. Dalam Islam tiada istilah hukum karma tetapi setiap perlakuan kita, amalan kita dibumi ini akan dihitung dan dibalas oleh Allah. Itu adalah dua benda yang nampak sama tetapi sebenarnya berbeza. Walla hu a’lam..

Kembali semula pada apa dosa yang telah kita lakukan?. Kedua, selain syirik dengan Allah, kita membuat kezaliman dan dosa pada sesama manusia. Kita berzina, minum arak, mengaibkan orang, buat perkara-perkara yang haram, buang anak, merompak, mencuri, jadi pemerintah yang zalim, buat perkara yang buruk pada orang lain dan semua benda yang Allah tegah dari kita melakukannya. Nauzubillah hi min zalik..

Ketiga, kita buat kezaliman pada makhluk Allah yang lain. Contohnya..BUMI. Kita duduk atasnya tapi kita tidak menjaganya dengan baik. Kita buang sampah ikut suka hati kita, tebang pokok sana-sini dan macam-macam pencemaran lagi yang kita buat. Apakah akal yang diberikan Allah ini untuk kita berbuat zalim seperti ini?

Keempat dan mungkin sesuatu perbuatan yang kita sering lakukan iaitu LUPA untuk BERSYUKUR kepada Allah. Mungkin kita hanya nampak ini kecil sahaja, tetapi sebenarnya, bersyukur itu perkara yang besar yang perlu sentiasa kita lakukan. Kenapa saya berkata bersyukur adalah perkara yang besar?

Jawapannya..Kerana apabila bersyukur kita akan sentiasa mengingati Allah. Dan apabila kita sentiasa mengingati Allah, kita akan malu untuk berbuat perkara yang dibenci olehNya. Dan apabila malu buat perkara yang dibenciNya, kita hanya akan buat perkara yang disukaiNya. Seterusnya, kita akan terus melakukan perkara-perkara yang lebih besar lagi untuk agamaNya keran bertambahnya rasa cinta dan syukur kepada Allah. Akhir sekali, sesiapa yang mencintai Allah, maka syurgalah tempatnya..Amiinn..

Selain daripada empat dosa-dosa yang disebutkan tadi, sebenarnya banyak lagi dosa-dosa yang lain yang kita sering lakukan. Kita sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dalam hidup kita namun kita sering melakukan dosa dan kemungkaran. Jadi sentimpalkah jika dosa dibalas dengan redha Allah? Tentu sekali jawapannya TIDAK. Sebagai seorang manusia yang Allah anugerahkan akal untuknya perlulah bijak menggunakannya sehingga ketika bertemu dengan Allah nanti, apabila ditanya bagaimanakah kita menggunakan akal kita? kita boleh menjawab.."..aku menggunakan akalku untuk kepentingan diriku, keluargaku, saudara-saudarku dan agamaMu Ya Allah.."

Gunakan akal sebaiknya...jadilah pengguna yang bijak!!!

::sepanjangnya..:

"pelayaran kita pasti akan ketemu daratan..bahtera kita mungkin berbeza tapi tetap sama..menuju daratan yang hanya miliki dua perlabuhan sama ada..syurga/neraka..menang/syahid..tewas/mati sia-sia..itulah kepastian yang sepatutnya kita persiapkan......."

::ukhuwah lillah abadan abada::

::ukhuwah lillah abadan abada::

::dakwah itu indah::

::dakwah itu indah::

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

powered by blogger

1 : :