Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sabtu, 18 April 2009

Warkah Untuk Kesayanganku..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة

Kehadapan sahabat-sahabat yang aku sayangi, sebelum aku meneruskan kata-kataku lebih jauh lagi, aku ingin memohon maaf atas keterlanjuran aku selama ini..tidak kira sebelum kamu kalian membaca warkah ini ataupun selepasnya..aku memohon berjuta-juta kemaafan dari kalian. Harap kalian sudi memaafkanku..
Sahabat sekalian,
Aku teringat pada kata-kata seorang ulama’ dahulu bahawa sahabat sejati adalah sahabat yang menganggap diri sahabatnya itu sebagai dirinya sendiri. Oleh itu, aku ingin menasihati dan mengingati diriku dan kalian tentang beberapa perkara yang teringin untukku kongsikan pada semua. Harap kalian membaca warkah ini hingga ke akhirnya..

Sahabatku,
Dunia ini penuh dengan warna warni. Kita boleh lihat warna tanah coklat, warna daun hijau, warna bunga merah dan pelbagai warna lagi. Aku mengandaikan hidup ini seperti warna-warna dunia. Adakalanya hari mendung, warna awan gelap, begitu juga hidup kita. Dan adakalanya hari selepas hujan, terbitnya pelangi, warnanya ceria, begitu juga hidup kita. Kita takkan terlepas dari mewarnakan hidup kita dan orang lain. Aku cukup gembira bersama kalian semua. Bagiku saat itu merupakan warna ceria dalam hidupku. Tika itu kalian semua bersatu hati dengan ku untuk ceriakan lagi persahabatan kita. Namun aku lihat ia semakin mendung. Apakah itu petanda persahabatan kita tak seceria dulu?? Bagaimanakah caranya untuk kita ceriakannya kembali?
Sahabatku,
Telah ku ingatkan beberapakali pada kalian, jika aku salah betulkan aku. Jika aku jatuh pimpinlah aku supaya aku bangun. Dan jika aku perlukan bantuan, bantulah aku. Jangan sesekali lupakan aku..kerana kalian adalah sahabatku..

Sahabatku sekalian,
Aku tidak pandai menyusun kata, bermanis madah, menyeri wadah. Aku hanya inginkan pengertian persahabatan yang kalian beri. Adakah seorang sahabat bermakna dalam hidup kalian? Atau sahabat ini hanya tika dalam suasana kebahagiaan atau hanya untuk berkongsi kedukaan? Berikan aku jawapan yang tepat untuk menilainya..
Sahabatku sekalian,
Ingatlah dunia ini indah dengan persahabatan dan persaudaraan. Tidak salah kalau kita menjalinkan persahabatan dengan sesiapa sahaja. Kita berhak bersahabat dengan sesiapa sahaja. Namun setiap itu syriat’ telah membataskannya. Adakala kita semua telah hanyut dek persahabatan yang melebihi batas-batas yang ditentukan. Ingin aku ingatkan diriku dan kalian semua..batasilah pergaulan antara sahabat-sahabat kita. Walau sama jantina, walau lain jantina, kita ada batasan-batasannya. Ingat siapalah kita disisi Tuhan yang Maha Esa. Apalah daya kita untuk mengubah segala batasanNya yang telah diberikan pada kita. Aku berbicara bukan mengikut nafsuku tapi apa yang aku pelajari selama ini. Ramai yang terjerat dek persahabatan. Tiada sedikit pun perasaan cemburuku pada kalian kerana kalian mempunyai ramai sahabat, tapi sebaliknya hatiku meruntun sedih..aku sedih melihat kalian berubah tingkah laku. Perubahan kalian memberi impak besar dalam diriku. Itu memberi makna aku telah melupakan sahabatku sehingga sahabatku lalai dan jauh dari erti persahabatan yang sebenarnya, yang diredhai Yang Maha Esa.
Sahabatku sekalian,
Fikirkanlah betapa selama ini kita hilang kesedaran terhadap intipati persahabatan itu sendiri. Aku dan kalian bukan tidak pernah belajar tentang semua ini. Bahkan kita semua belajar ditempat yang sama, diturunkan ilmu yang sama, dan dahulunya membudayakan ilmu itu bersama. Kalian adalah sahabatku yang teristimewa dalam hatiku. Aku ingin sekali menjadikan persahabatan ini membawa kita semua ke syurgaNya. Adakah aku mampu merealisasikannya.

Sahabatku sekalian,
Inginku ingatkan kalian sekali lagi, batasilah pergaulan kalian, jadikan pertengahan antaranya adalah hijab bukannya syaitan. Hidupkanlah bia’h yang selama ini kita warnakan dalam kehidupan kita. Hiasilah peribadi kalian dengan hati yang penuh ikhlas. Dan jadikanlah diri kalian berakhlak mulia.
Sahabatku sekalian,
Cintailah Rasulullah sepertimana Rasulullah mencintai kita sebagai umatnya. Berwaspadalah sentiasa dan ingatlah Allah sentiasa mengawasi kita. Mungkin hari ini kalian yang leka, tapi entah bila tiba waktunya, aku pula yang memungkirinya. Ingatkan aku kembali dengan kata-kata aku ini..jangan biarkan aku..genggamlah tanganku dan berikan aku semangat baru untuk aku warnai persahabatan ini lagi..
Sahabatku sekalian,
Aku memohon maaf atas segala apa yang telah ku katakan. Andai kata tiada hari esok bagiku, halalkan segala apa yang berkaitan denganku. Sampaikanlah pesananku ini pada sahabat-sahabat yang lain..segala yang baik itu semuanya dari Allah dan yang buruk itu disandarkan pada diriku yang hina ini..aku sayangkan kalian….Allahu a’lam..
“Ya rabb, kami mohon maghfirahMu, redhaMu, kasihMu, sayangMu dan rahmahMu. Kuatkanlah rabitah pada setiap hati-hati kami agar kami sentiasa berjalan dilandasan syariatMu. Janganlah Kau lalaikan hati kami. Bimbinglah kami ke nur inayahMu. Kuatkanlah kami. Kumpulkan kami bersama para kekasihMu, agar mata ini suatu hari nanti dapat melihat betapa indahnya jannahMu..Ya Zaljalali wal Ikram..perkenankanlah doa kami..”
Amiinnnnnn..

Rabu, 15 April 2009

Jodoh PertemuanOleh : Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj
Melalui emel, seorang wanita bertanya apakah keturunan menyumbang perihal jodoh. Kakaknya sudah berumur 35 tahun masih belum berkahwin. Usianya sendiri sudah 25 tahun dan masih belum punya teman.Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drp menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah. Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda. Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tmp yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan ima, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

::sepanjangnya..:

"pelayaran kita pasti akan ketemu daratan..bahtera kita mungkin berbeza tapi tetap sama..menuju daratan yang hanya miliki dua perlabuhan sama ada..syurga/neraka..menang/syahid..tewas/mati sia-sia..itulah kepastian yang sepatutnya kita persiapkan......."

::ukhuwah lillah abadan abada::

::ukhuwah lillah abadan abada::

::dakwah itu indah::

::dakwah itu indah::

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

powered by blogger

1 : :