CINTA SEORANG PEMUDA
Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya, cantik betul. Sungguh! Sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jari-jemarinyapatah, tapi takut nanti jari-jemari kami tidak boleh saling bantu-membantu di satu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Esa!
Saya suka tengok rambutnya. Cantik betul… sungguh! Sebab itu saya belikan dia tudung. Bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan dot dot dot itu sampaibila-bila… takut nanti dibakar dek api neraka, disuatu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Pencipta!
Saya suka tengok body teman wanita saya… solid betul. Sungguh! Sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa ‘dating’ dengan Kekasih dia Yang Utama , dia jaaaaaaauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala… syoknya!
Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak dapat tidur, tidak makan sebab rindukan saya. Saya pun macam itu juga. Si dia tanya, ‘Apa ubatnya, bang?’ Saya pun bagi dia al-Quran sebagai penenang jiwa… Semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya.
Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam; “makan, minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok… nanti awak sakit saya juga yangsusah hati.. bla bla bla bla.” Tapi bila tengok keluar sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib begitu saja, dia tidak kata satu apa pun. Aduuuuh… berdosanya saya!
Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, ber’dating’ di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya.Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah kami…semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya, di syurga nanti. Amin…
::Allah adalah Tuhanku::
"Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu yang menciptakanmu, yang menimpakan ujian, menjadikan hatimu sakit, membuat keinginanmu terhalang, damaikanlah hatimu..kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, bukan Allah tidak tahu derita hatimu, retaknya hidupmu tapi mungkin itulah yang Allah mahu kerana hati yang sebegitulah yang akan ingat sentiasa padaNya..sesungguhnya..Allah rindu akanmu...maka, balaslah rindu Allah dengan keikhlasanmu sebagai hambaNya.."
::ma ma'na iman::

::a.s.s.o.b.r.u wa a.t.t.a.t.m.a.i.n::
"Jika suatu saat fikiranmu diliputi kekalutan atu hatimu dibayangi kesedihan, atau keluargamu, sahabatmu dan hartamu meninggalkanmu, maka sekali-kali jangan merasa putus asa kerana boleh jadi Allah mempersiapkan disebalik itu kebaikan bagimu...la tahzan..Innallah ha ma'ana.."
::wonderful life::
::sahabat-sahabat baru::

::azharulkalam::
::kudapan::
::sahabat::
Dikuasakan oleh Blogger.
Subscribe
Powered By
Blogger Template From:
Free Blogger Skins
Khamis, 19 Mac 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
::hari ini..::

::sedetik ke alam barzakh::

::A.S.S.A.D.A.Q.A.'::
"aku tak pernah mengimpikan pertemuan ini, apatah lagi mengharapkan hidup yang kosong kembali berseri,haruman ukhuwah yang kau sirami, bak hembusan kasturi menyegarkan rohani, siapa aku tak layak dihargai, tetapi kau tetap melayani,ku lafazkan zikir alunan ilahi, sujud menangisi anugerah persahabatan suci, moga kita tetap bersama meniti hari, jatuh, bangun sama dirasai, teruskan perjuangan wahai S.A.H.A.B.A.T S.E.J.A.T.I."
::it's me::

- melody al-hubb
- permulaan langkah di ::TADIKA PASTI SELAYANG:: kemudian di ::SEK.KEB.DENGKIL and SEK.REN.AGAMA DENGKIL:: kemudian di ::SEK.AGAMA MEN. SG MERAB LUAR:: kemudian di ::SEK.AGAMA MEN.BDR. BARU SALAK TINGGI:: kemudian di ::UNIVERSITI DARUL IMAN MALAYSIA:: seterusnya di ::UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA::
::hayya mai'e::

::usrati mahbub::
::kenangan bersamamu::
::ashabi mahbub::
..::d'best::..
::syukran..::
8895
::sepanjangnya..:
"pelayaran kita pasti akan ketemu daratan..bahtera kita mungkin berbeza tapi tetap sama..menuju daratan yang hanya miliki dua perlabuhan sama ada..syurga/neraka..menang/syahid..tewas/mati sia-sia..itulah kepastian yang sepatutnya kita persiapkan......."
::ukhuwah lillah abadan abada::
::dakwah itu indah::

Subscribe
Powered By
Blogger Template From:
Free Blogger Skins


Tiada ulasan:
Catat Ulasan