Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sabtu, 2 Oktober 2010

::dakwah itu pahit kerana syurga itu manis..::

salam perjuangan buat sahabat-sahabat sekalian...
hari demi hari, kita dapat lihat cabaran silih berganti..dari segi ilmu, teknologi dan sebagainya..semuanya mempunyai tahap cabarannya sendiri..namun kita masih perlu sedar bahawa cabaran itu Allah turunkan untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita padaNya..

Bukankah manis...Allah memberikan cabaran yang pahit didunia..tapi kalau kita menghadapi cabaran tersebut dengan jalan yang telah diberikanNya..syurga itu manis buat kita...begitu juga dengan dakwah..dalam memberikan dakwah, pahit dan perit dirasakan..namun..jika kita berbuat demikian betul-betul ikhlas kerana Allah..insyaAllah..Allah akan berikan syurga yang manis bagi sesiapa yang berbuat demikian...

antara cabaran dakwah yang dilalui...mungkin mad'u; orang yang menerima dakwah, menentang dakwah yang dai'e beri...golongan mad'u ini terbahagi kepada beberapa bahagian...
1. mad'u yang menerima dengan hati yang terbuka.
2. mad'u menerima tetapi terpaksa.
3. mad'u menolak dakwah secara total.
4. mad'u yang menolak dakwah tapi tidak menafikan kebenaran sesuatu dakwah.
5. mad'u yang berpura-pura terima dakwah tetapi pada hakikatnya tidak.

seterusnya..cabaran yang terbesar adalah ilmu..ada orang yang kata "aku tidak layak berdakwah kerana tidak cukup ilmu..ada yang kata "ilmu pun tak ada..nak dakwah macam mana.."..hakikatnya..Rasulullah bersabda..balighuni walau ayah..bermaksud sampaikanlah sesuatu dariku(Rasulullah) walau satu ayat..ilmu perlu dikutip..kalau boleh kejarlah ilmu sampai ke lubang cacing!!

justeru itu, marilah sama-sama kita berdakwah...antara tips yang boleh dikongsi pada sesiapa yang ingin menyebarkan dakwah Islamiyah...
1. baca Bismillah sebelum memulakan dakwah.
2. selawat keatas Rasulullah jangan lupa.
3. niat dalam hati.."aku berdakwah kerana Allah..".
4. lihat dahulu apa situasi mad'u. kalau boleh buat sedikit kajian tentang keragaman mad'u.
5. dakwah dengan hikmah.
6. kalau tahu sirah-sirah Rasulullah dan para sahabat, tabi' dan tabiin..selitkan.
7. berdakwah dengan nada yang lembut. jika mad'u berkasar, jangan berkasar dengannya. ikut cara Rasulullah berdakwah.
8. berdoa dan bertawakal kepada Allah atas apa yang telah diusahakan.
9. jangan lupa berterima kasih pada mereka yang telah mendengar dakwah itu tadi.
10. ingat bahawa Allah tidak memandang hasil daripada apa yang kita usahakan..tetapi usaha yang kita telah berikan..jika berjaya dakwah kita, itu satu bonus..tapi jika tidak..berdoa agar Allah bukakan pintu hatinya...amiin..

diharapkan serba sedikit kalam ana ini dipraktikan bersama bagi menjayakan Dakwah Islamiyah..moga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk berbuat demikian..amiin..segala yang baik datang daripada Allah..yang buruk datang daripadaNya dan disandarkan pada diri yang lemah dan jahil ini..assalamualaikum wa rahmatullah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

::sepanjangnya..:

"pelayaran kita pasti akan ketemu daratan..bahtera kita mungkin berbeza tapi tetap sama..menuju daratan yang hanya miliki dua perlabuhan sama ada..syurga/neraka..menang/syahid..tewas/mati sia-sia..itulah kepastian yang sepatutnya kita persiapkan......."

::ukhuwah lillah abadan abada::

::ukhuwah lillah abadan abada::

::dakwah itu indah::

::dakwah itu indah::

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

powered by blogger

1 : :