Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Isnin, 22 Februari 2010

::TUDUNG HANYA SEHELAI KAIN::

Tudung hanyalah sehelai kain yang menutupi kepala??pertanyaan ini bertubi-tubi menyerang otakku berfikir. Hanya sehelai kain??aku berfikir dan terus berfikir…kemudian, setelah lama aku berfikir..aku dapat beberapa point yang penting dalam pemikiranku..

Firstly, aku pernah dengar ada orang cakap..pakai tudung bila sampai seru nanti..wah..bestnya..aku fikir..bila sampai seru, baru pakai tudung..best, best..tapi..aku fikir lagi..seru apa yang akan sampai?? Dan aku teruskan berfikir..dalam hidup kita ini, seruan apa yang akan sampai pada kita?? Jawab teka-teki ini..jangan tak jawab..aku dapat jawapannya..

1. Seruan azan..mm…kita hari-hari dengar seruan azan..tapi dalam azan mana ada marilah bertudung..m…sebab itulah..walaupun hari-hari dengar azan..kita tetap tak pakai tudung..

2. Seruan dakwah..ini kita mesti lari punya..tak nak dengar..sakit telinga..banyak juga dalam seruan dakwah suruh pakai tudung..boleh dikatakan..baby pun tahu kena pakai tudung..m..tapi tak pakai-pakai juga..

3. Seruan kematian..ha..yang ini confirm dah..semua orang mati kena pakai tudung..siap dibalut khas bersama tubuh badan lagi..hah…seruan apa yang aku nak tunggu??seruan MATI??

Secondly, aku terfikir apa sehelai kain itu buat atas kepalaku??m..fikir punya fikir..tiba-tiba sahabatku berkata.. “Kau jangan fikir kau pakai tudung yang jarang and pendek tu..cuba kau fikir kau pakai tudung yang tak menampakkan rambut, leher dan dada kau..apa kau dapat??”. Lalu aku terus berfikir..apa yang aku dapat??

1. Aku dapat menutup kepalaku daripada habuk-habuk jalan, tahi cicak yang bakal jatuh di kepala, dapat mengelak daripada jangkitan kutu yang menggatal, dapat menutup rambut yang tak cantik bagi orang yang malas nak jaga rambut..sahabatku bertanya lagi.. “Macam mana pula bagi orang yang melihat kau bertudung seperti itu?tudung yang tak jarang dan labuh..”. Aku jawab..

2. Orang yang lihat aku akan rasa segan dengan aku..nak usik pun tak berani..nampak ‘warak’ je..ramai mak cik nak ambil jadi menantu..hehehe..orang yang lihat aku akan rasa respect dengan aku..ditambah pula dengan akhlak yang mulia seperti tudung tersebut..menutupi segala aib..lagi..bagi orang yang dah berkahwin..tak ada lah suami yang akan cemburu bila rambut isterinya tak dilihat orang..makin bertambah sayangnya kepada isterinya..rambut isterinya hanya suami yang boleh lihat..mm..best..

3. Sahabat aku bertanya lagi.. “Itu saja ke apa yang kau dapat dengan bertudung??”. Aku berfikir..jika aku memakai tudung, diakhirat kelak aku tak akan disiksa seperti mana orang yang tak bertudung..diakhirat kelak orang yang tak bertudung akan dibakar api neraka..sehelai rambut kita seratus tahun kita dalam neraka..dan sehari dalam neraka..seribu tahun kita dalam dunia..ya Allah..hidup aku tak sampai pun seribu tahun…..

Masya Allah hebatnya tudung yang aku katakan selama ini hanya sehelai kain yang menutupi kepala!! Wah..daripada tudung rupanya boleh membentuk peribadi seseorang..hebatnya..Allah suruh kita pakai tudung..banyak hikmah yang kita dapat daripadanya..Masya Allah..tapi aku pernah dengar juga..kita tak boleh paksa orang pakai tudung..Islam kata…

“La ikraha fid diin..” yang bermaksud..tiada paksaan dalam beragama..eh..orang sekarang tukar da maksudnya..tiada paksaan dalam agama..apa beza tiada paksaan dalam ‘beragama’ dengan ‘agama’??

Jawapannya..tiada paksaan dalam beragama bermaksud tiada paksaan dalam memilih agama..maksudnya..seseorang itu tidak dipaksa untuk memilih Islam sebagai agamanya..boleh memilih agama lain..dan maksud (la ikraha fid diin) yang diguna pakai pada hari ini..adalah tiada paksaan dalam agama..apa pula itu??maksudnya..dalam agama Islam tak paksa umatnya dalam bab agama..suka hati kaulah..nak tutup aurat ke tak ke..nak solat ke tak ke..itu ke yang Islam suruh??betul ke macam itu??tapi itu yang di pakai oleh kebanyakkan manusia Islam pada hari ini..

Astaghfirullah hal ‘azim..aku tersilap selama ini..menggunakan ayat ini sesuka hati sahaja..maksud ayat ini..untuk orang-orang yang BUKAN ISLAM..tiada paksaan dalam memeluk agama Islam..bukan tiada paksaan dalam agama Islam..sedihnya..selama ini aku jahil…

Aku menangis sendirian..setelah lama aku berfikir..kali inilah aku tahu bahawa..indahnya aku bertudung..insyaAllah..aku berazam mesti bertudung mulai detik ini..akan aku jadikan tudung ini mahkota yang paling berharga, yang akan aku pakai daripada pandangan bukan mahramku..

Akhirul kalam..kepada diriku serta sahabat-sahabatku..tudung BUKAN hanya sehelai kain yang menutupi kepala tetapi banyak hikmah yang tersirat disebalik kain yang bernama TUDUNG..

Ahad, 3 Januari 2010

::sem akhir bermula::



..::tak dapat digambarkan perasaan sedih untuk mengakhiri sem ini::..


semoga sahabat2 menjadikan ia sebagai kenangan terindah...terima kasih buat semua....

ini gambar khas untuk sahabat2ku..diploma dakwah..semoga bahagia di dunia dan akhirat..



::erti sebuah persahabatan::
susah+senang+pahit+manis..
lalui bersama..
segala ranjau..dinaiki dengan ukhuwah yang teguh..
moga2 liku2 seterusnya..dilalui dengan lebih mudah bersama kalian yang bernama S.A.H.A.B.A.T..

Rabu, 25 November 2009

..::apabila ILMU dibandingkan dengan HARTA::..

ana suka bila membicarakan tentang ilmu..ana teringat..di zaman kanak-kanak lagi ana dah didedahkan dengan kelebihan ilmu..ana masih lagi ingat nasihat yang ustazah ana waktu disekolah rendah dulu tentang perbezaan ilmu dengan harta..disini ana nak kongsi bersama dengan sahabat-sahabat semua tentang perbezaan tersebut..

PERBEZAAN ILMU DENGAN HARTA

ILMU : pusaka Anbiya'
HARTA : pusaka Qarun dan Firaun
ILMU : memelihara empunya
HARTA : empunya yang memelihara
ILMU : banyak kawan
HARTA : banyak musuh
ILMU : nafkahnya bertambah
HARTA : nafkahnya berkurang
ILMU : tiada siapa yang boleh mencuri
HARTA : sesiapa boleh mencuri
ILMU : disyafaatkan pada hari akhirat
HARTA : tidak disyafaatkan pada hari akhirat
ILMU : tidak binasa dan menerangkan hati
HARTA : binasa dan menggelapkan hati
ILMU : bersifat kehambaan (abadikan diri pada Allah)
HARTA : bersifat ketuanan (menjadikan diri bongkak)

Jadikanlah diri kita mencintai ilmu daripada harta..sesungguhnya, hidup kita didunnia hanyalah sementara..yang kekal di akhirat sana..

Rabu, 7 Oktober 2009

::Kebersihan Separuh Daripada Iman::

assalamualaikum wat sahabat-sahabatku....
di sini ana ingin berkongsi sedikit pengetahuan ana tentang erti kebersihan sebenar...ok..kebersihan terbahagi kepada 4 bahagian :
1. kebersihan diri dan persekitaran (kebersihan zahiriah)
2.kebersihan anggota daripada melakukan maksiat
3.kebersihan hati daripada sifat tidak ikhlas
4.kebersihan akal daripada mengingat selain daripada Allah
ana disini nak sentuh bab kebersihan diri dan persekitaran dahulu. kita fikirkan..walaupun kita lihat benda itu remeh tetapi ianya melibatkan perkara yang besar..contohnya, seseorang yang kotor, sah tak solatnya??mesti jawapannya tak sahkan??ok..contoh yang lain pula..kita lihat dari sudut kepimpinan..jika seorang pemimpin tidak menjaga kebersihan dirinya dan rumahnya..adakah orang yang dibawahnya akan merasa hormat padanya??orang akan geli dan akan terdetik dihati mereka..jika pemimpin itu tidak pandai menjaga bab-bab yang kecil ini masakan dia boleh menjaga daulah Islamiyah??
kita cuba lihat Rasulullah..Rasulullah adalah orang yang paling pembersih sekali..Rasulullah juga seorang pemimpin namun Rasulullah terjaga dengan kebersihan. jika seorang pemimpin itu berkata dia tidak sempat untuk menjaga hal-hal yang kecil kerana sibuk dengan hal-hal yang besar..bagi ana, dia adalah pembohong..ini kerana kehidupan Rasulullah adalah lagi sibuk daripada kita, tapi cuba kita lihat balik sirah Rasulullah yang sukakan kebersihan.
lagi pun..ana rasa semua tahu bahawa "an nazofatu minal iman..".ana ingin menasihati diri ana dan sahabat-sahabat sekalian..hanya orang jahil sahaja yang pengotor bukan orang Islam yang menjadikan Islam is the way of llife!!!
ana tak nak tekankan bab kebersihan yang lain dahulu sebelum kita menyelesaikan masalah kebersihan tahap pertama ini. ingatlah..Innallah ha yu hibbut tawabin wa yuhibbul mutatohhirin...sadaqallahul 'azim...
wallahu a'lam

Rabu, 12 Ogos 2009

AdAB meNuntUT iLmU

Menuntut ilmu adalah satu kewajipan bagi kita sebagai kaum Muslim. Banyak sekali dalil yang membuktikan keutamaan ilmu, para penuntut ilmu dan yang mengajarkannya. Adab-adab di dalam menuntut ilmu yang harus kita ketahui sangatlah banyak. Kepentingan untuk mengetahui adab-adab ini adalah agar ilmu yang kita pelajari akan membuahkan faedah untuk kita dan orang yang ada di sekeliling kta. Di antara adab-adab tersebut adalah:



1* Ikhlas semata-mata kerana Allah SWT

Niat kita untuk menuntut ilmu hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah SWT dan juga demi kehidupan di akhirat kelak. Berkenaan seseorang yang menuntut ilmu semata-mata kerana ingin mendapat gelaran, pangkat atau ingin popular, Rasulullah SAW telah mengkhabarkan tentang golongan sedemikian di dalam hadith Baginda:

"Barangsiapa yang menuntut ilmu yang pelajari hanya kerana Allah SWT, sedangkan ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan harta benda dunia, ia tidak akan dapat mencium bau Syurga pada hari kiamat."(Riwayat Ahmad, Abu,Daud dan Ibnu Majah)

Tetapi, sekiranya ada yang mengatakan bahawa cita-citanya adalah ingin mendapatkan kelulusan yang lebih tinggi (contohnya MA atau PhD) bukan kerana ingin mendapatkan kesenangan dunia, sebaliknya kerana sudah menjadi kebiasaan yang tidak tertulis bahawa seseorang yang memiliki latar pendidikan yang lebih tinggi, segala ucapannya akan lebih didengari orang di dalam menyampaikan ilmu atau dalam mengajar. Niat ini, insya Allah termasuk di dalam niat yang benar.

2* Untuk menghilangkan kejahilan dari dirinya dan orang lain

Semua manusia pada asalnya adalah bodoh. Sekiranya kita berniat untuk menghilangkan kejahilan dari diri kita, setelah kita menjadi orang yang berilmu kita harus mengajarkannya kepada orang lain. Ini adalah untuk menghilangkan kejahilan dari diri mereka.

Apakah syarat untuk memberi manfaat kepada orang lain itu dengan kita duduk di masjid dan mengadakan satu pengajian sahaja atau kita memberi manfaat kepada orang lain dengan ilmu itu pada setiap saat? Jawapan yang benar adalah pilihan yang kedua; kerana Rasulullah SAW bersabda:

"Sampaikanlah dariku walaupun cuma satu ayat." (Riwayat Bukhari)

Imam Ahmad berkata: “Ilmu itu tidak ada bandingannya apabila niatnya benar.” Murid-muridnya bertanya: “Bagaimanakah yang demikian itu?” Beliau menjawab: “Ia berniat menghilangkan kebodohan dari dirinya dan dari orang lain."

3* Berniat menuntut ilmu untuk membela syari'at

Sudah menjadi keharusan bagi para penuntut ilmu berniat di dalam menuntut ilmu untuk membela syari'at. Ini kerana kedudukan syari'at adalah sama dengan pedang, yakni jika tidak ada orang yang menggunakannya ia tidak bererti apa-apa. Penuntut ilmu harus membela agamanya dari hal-hal yang menyimpang dari agama, sebagaimana tuntutan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Perkara ini tidak akan dapat dilaksana kecuali oleh orang-orang yang memiliki ilmu yang benar, sesuai petunjuk Al-Qur'an dan As-Sunnah.

4* Berlapang dada dalam menerima perbezaan pendapat

Apabila wujud perbezaan pendapat, penuntut ilmu sewajarnya menerima perbezaan itu dengan berlapang dada selagi perbezaan itu adalah pada persoalan ijtihad, bukan persoalan Aqidah. Ini kerana persoalan Aqidah adalah masalah yang tidak ada perbezaan menurut ittifa’ ulama’. Berbeza di dalam masalah ijtihad adalah perbezaan pendapat yang telah wujud sejak zaman Sahabat, bahkan pada zaman Rasulullah SAW. Oleh itu, janganlah sampai kita menghina orang lain yang tidak sependapat dengan kita.

5* Mengamalkan ilmu yang telah diperolehi

Termasuk di dalam adab yang tepenting bagi para penuntut ilmu adalah mengamalkan ilmu yang telah diperolehi. Ini kerana amal adalah buah dari ilmu, baik ilmu Aqidah, Ibadah, Akhlaq mahupun Muamalat. Orang yang telah memiliki ilmu adalah ibarat orang yang memiliki senjata. Ilmu atau senjata tidak akan ada gunanya kecuali dengan digunakan.

6* Menghormati para ulama’ dan memuliakan mereka

Penuntut ilmu harus sentiasa berlapang dada di dalam menerima perbezaan pendapat yang wujud di kalangan ulama. Jangan sampai ia mengumpat atau mencela ulama; yang kebetulan keliru di dalam memutuskan suatu masalah. Mengumpat orang biasa sudah termasuk di dalam dosa besar, apatah lagi jika orang itu adalah seorang ulama.

7* Mencari kebenaran dan bersabar

Termasuk adab yang paling penting bagi kita sebagai seorang penuntut ilmu adalah mencari kebenaran dari ilmu yang telah diterima. Mencari kebenaran dari khabar yang sampai kepada kita yang menjadi sumber hukum. Ketika sampai kepada kita sebuah hadith misalnya, kita harus meneliti lebih dahulu tentang kesahihan hadith tersebut. Jika kita sudah pasti bahawa hadith tersebut adalah sahih, kita harus berusaha lagi untuk mencari pengertian hadith tersebut.

Di dalam mencari kebenaran ini, kita harus bersabar. Jangan tergesa-gasa, jangan cepat merasa bosan atau keluh kesah. Jangan sampai kita mengaji tidak habis, tidak menghabiskan satu kitab yang dipelajari, kemudian digantikan dengan kitab yang lain. Jika itu yang terjadi, kita tidak akan mendapat ilmu dari apa yang kita tuntut. Di samping itu, mencari kebenaran di dalam ilmu sangat penting kerana sesungguhnya pembawa berita kadangkala mempunyai maksud yang tidak benar, atau barangkali tidak bermaksud jahat namun dia keliru di dalam memahami sebuah dalil.

*Dipetik dari kitab "Kitabul Ilmi" karangan Sheikh Muhammad bin Shalih Al-‘Uthaimin"

Rabu, 29 Julai 2009

think about it..

Something We Should Think Of...

Why does people complain when a khutbah is longer than usual,
but they get thrilled when a football game goes into extra time.

Why it is laborious to read a juzu' in the Al-Quran.
But how easy it is to read 200 to 500 pages of a best selling Novel.

Why do we believe what the newspaper says..
but questions on what the Quran says.

Why can't we think of anything to say when we pray...
but don't have difficulties thinking of things to talk to friends.

Why a couple of hours spent at the mosque seem to be very long
but very short when they are watching a movie.

Why people want to get front seats at any concerts or game
but scramble to sit at the back of a mosque.

Why does RM 10 looks so big when we take it to the mosque...
but so small when we take it to the store.

Why does it seem so long to serve God even though for just half an hour
but now quickly a team plays 90 minutes of football or playstation.

Why it is hard for people to learn the simple Quran...well enough to tell others
but how simple it is to understand and repeat gossips.

Why do we need 2-3 week to fit an Islamic event into our schedule
but can adjust it for social event at the last moment.

Why we need a long time and have much difficulties to memorize one or two verse of the al-Quran...
but a very short time to memorize a song easily.

Why you send a thousands jokes via e-mail and they spread like wildlife...
but when you start sending messages regarding Allah, people who think twice about sharing.

Why we take and adopt the lifestyle of the latest icons...
yet to turn back to the Sunnah of our prophet Muhammad.

Sabtu, 18 April 2009

Warkah Untuk Kesayanganku..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة

Kehadapan sahabat-sahabat yang aku sayangi, sebelum aku meneruskan kata-kataku lebih jauh lagi, aku ingin memohon maaf atas keterlanjuran aku selama ini..tidak kira sebelum kamu kalian membaca warkah ini ataupun selepasnya..aku memohon berjuta-juta kemaafan dari kalian. Harap kalian sudi memaafkanku..
Sahabat sekalian,
Aku teringat pada kata-kata seorang ulama’ dahulu bahawa sahabat sejati adalah sahabat yang menganggap diri sahabatnya itu sebagai dirinya sendiri. Oleh itu, aku ingin menasihati dan mengingati diriku dan kalian tentang beberapa perkara yang teringin untukku kongsikan pada semua. Harap kalian membaca warkah ini hingga ke akhirnya..

Sahabatku,
Dunia ini penuh dengan warna warni. Kita boleh lihat warna tanah coklat, warna daun hijau, warna bunga merah dan pelbagai warna lagi. Aku mengandaikan hidup ini seperti warna-warna dunia. Adakalanya hari mendung, warna awan gelap, begitu juga hidup kita. Dan adakalanya hari selepas hujan, terbitnya pelangi, warnanya ceria, begitu juga hidup kita. Kita takkan terlepas dari mewarnakan hidup kita dan orang lain. Aku cukup gembira bersama kalian semua. Bagiku saat itu merupakan warna ceria dalam hidupku. Tika itu kalian semua bersatu hati dengan ku untuk ceriakan lagi persahabatan kita. Namun aku lihat ia semakin mendung. Apakah itu petanda persahabatan kita tak seceria dulu?? Bagaimanakah caranya untuk kita ceriakannya kembali?
Sahabatku,
Telah ku ingatkan beberapakali pada kalian, jika aku salah betulkan aku. Jika aku jatuh pimpinlah aku supaya aku bangun. Dan jika aku perlukan bantuan, bantulah aku. Jangan sesekali lupakan aku..kerana kalian adalah sahabatku..

Sahabatku sekalian,
Aku tidak pandai menyusun kata, bermanis madah, menyeri wadah. Aku hanya inginkan pengertian persahabatan yang kalian beri. Adakah seorang sahabat bermakna dalam hidup kalian? Atau sahabat ini hanya tika dalam suasana kebahagiaan atau hanya untuk berkongsi kedukaan? Berikan aku jawapan yang tepat untuk menilainya..
Sahabatku sekalian,
Ingatlah dunia ini indah dengan persahabatan dan persaudaraan. Tidak salah kalau kita menjalinkan persahabatan dengan sesiapa sahaja. Kita berhak bersahabat dengan sesiapa sahaja. Namun setiap itu syriat’ telah membataskannya. Adakala kita semua telah hanyut dek persahabatan yang melebihi batas-batas yang ditentukan. Ingin aku ingatkan diriku dan kalian semua..batasilah pergaulan antara sahabat-sahabat kita. Walau sama jantina, walau lain jantina, kita ada batasan-batasannya. Ingat siapalah kita disisi Tuhan yang Maha Esa. Apalah daya kita untuk mengubah segala batasanNya yang telah diberikan pada kita. Aku berbicara bukan mengikut nafsuku tapi apa yang aku pelajari selama ini. Ramai yang terjerat dek persahabatan. Tiada sedikit pun perasaan cemburuku pada kalian kerana kalian mempunyai ramai sahabat, tapi sebaliknya hatiku meruntun sedih..aku sedih melihat kalian berubah tingkah laku. Perubahan kalian memberi impak besar dalam diriku. Itu memberi makna aku telah melupakan sahabatku sehingga sahabatku lalai dan jauh dari erti persahabatan yang sebenarnya, yang diredhai Yang Maha Esa.
Sahabatku sekalian,
Fikirkanlah betapa selama ini kita hilang kesedaran terhadap intipati persahabatan itu sendiri. Aku dan kalian bukan tidak pernah belajar tentang semua ini. Bahkan kita semua belajar ditempat yang sama, diturunkan ilmu yang sama, dan dahulunya membudayakan ilmu itu bersama. Kalian adalah sahabatku yang teristimewa dalam hatiku. Aku ingin sekali menjadikan persahabatan ini membawa kita semua ke syurgaNya. Adakah aku mampu merealisasikannya.


Sahabatku sekalian,
Inginku ingatkan kalian sekali lagi, batasilah pergaulan kalian, jadikan pertengahan antaranya adalah hijab bukannya syaitan. Hidupkanlah bia’h yang selama ini kita warnakan dalam kehidupan kita. Hiasilah peribadi kalian dengan hati yang penuh ikhlas. Dan jadikanlah diri kalian berakhlak mulia.
Sahabatku sekalian,
Cintailah Rasulullah sepertimana Rasulullah mencintai kita sebagai umatnya. Berwaspadalah sentiasa dan ingatlah Allah sentiasa mengawasi kita. Mungkin hari ini kalian yang leka, tapi entah bila tiba waktunya, aku pula yang memungkirinya. Ingatkan aku kembali dengan kata-kata aku ini..jangan biarkan aku..genggamlah tanganku dan berikan aku semangat baru untuk aku warnai persahabatan ini lagi..
Sahabatku sekalian,
Aku memohon maaf atas segala apa yang telah ku katakan. Andai kata tiada hari esok bagiku, halalkan segala apa yang berkaitan denganku. Sampaikanlah pesananku ini pada sahabat-sahabat yang lain..segala yang baik itu semuanya dari Allah dan yang buruk itu disandarkan pada diriku yang hina ini..aku sayangkan kalian….Allahu a’lam..
“Ya rabb, kami mohon maghfirahMu, redhaMu, kasihMu, sayangMu dan rahmahMu. Kuatkanlah rabitah pada setiap hati-hati kami agar kami sentiasa berjalan dilandasan syariatMu. Janganlah Kau lalaikan hati kami. Bimbinglah kami ke nur inayahMu. Kuatkanlah kami. Kumpulkan kami bersama para kekasihMu, agar mata ini suatu hari nanti dapat melihat betapa indahnya jannahMu..Ya Zaljalali wal Ikram..perkenankanlah doa kami..”
Amiinnnnnn..
 

::sepanjangnya..:

"pelayaran kita pasti akan ketemu daratan..bahtera kita mungkin berbeza tapi tetap sama..menuju daratan yang hanya miliki dua perlabuhan sama ada..syurga/neraka..menang/syahid..tewas/mati sia-sia..itulah kepastian yang sepatutnya kita persiapkan......."

::ukhuwah lillah abadan abada::

::ukhuwah lillah abadan abada::

::dakwah itu indah::

::dakwah itu indah::


Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

powered by blogger

</div> <div class="mobile-date-outer date-outer"> </div>
</div></div> <div class="date-outer">

<div class="date-posts">
</div></div>

&rsaquo;

1 : :