Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Ahad, 18 September 2011

::Syukur dan Ikhlas::

"Maka ia keluar dari mihrab menuju kaumnya, lalu ia memberi isyarat kepada mereka; hendaklah kamu bertasbih di waktu pagi dan petang. "
(Surah Maryam: 11)

Assalamualaikum wa rahmatullah hi wa barakatuh..
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian..mga-moga redha Allah sentiasa bersama kita. Berbulan-bulan rasanya tidak update blog. Rasa rindu untuk berkongsi bersama sahabat-sahabat semua mencengkam jiwa. Ayat al-Quran diatas adalah ayat petanda orang yang mensyukuri nikmat Allah. Moga-moga kita antara orang yang sentiasa bersyukur atas rahmatNya..amiin..

Selain daripada syukur, IKHLAS juga antara perkara yang terpenting dalam hidup kita. Ada seorang sahabat yang bertanya di kelas, "Apa itu maksud ikhlas? apakah yang selama ini kita buat adalah ikhlas semata-mata kerana Allah?". Wah, hebat betul tamparan soalan itu. Alhamdulillah..diawal-awal kuliah lagi sudah ada sahabat yang mengingatkan kita tentang itu.

Ada beberapa jawapan yang berkaitan dengan ibadah yang ikhlas dalam hidup kita. Ikhlas itu sendiri membawa maksud tidak mengharapkan apa-apa balasan setelah melakukan sesuatu kebaikan pada yang lain. Tetapi benarkah selama ini kita benar-benar ikhlas dalam ibadah kita?. Hal ini berdasarkan satu ilmu yang disampaikan oleh Dr dalam kuliah Da'wah sem lepas. Di dunia ini ada 3 jenis golongan orang yang beribadah;
1) Peniaga- golongan ini beribadah kerana ingin mendapatkan 'keuntungan'. Keuntungan yang dimaksudkan ini adalah Jannah atau Syurga.
2) 'Abid atau hamba- golongan ini beribadah kerana takut pada 'balasan'. Balasan ini termasuklah azab-azab kubur atau azab api neraka.
3) Mukhlisin atau orang yang ikhlas- golongan ini beribadah semata-mata kerana Allah dan tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada Allah atas ibadah-ibadah yang dilakukannya. Golongan ini benar-benar mencintai Allah.

Betapa hebatnya kita kalau kita termasuk dalam golongan yang ketiga. Tetapi jangan risau kalau kita masih lagi dari golongan yang pertama atau kedua kerana kita masih lagi antara orang-orang yang melakukan amal soleh dan beribadah kepada Allah. Cuma kita perlu gilap lagi hati kita supaya kita termasuk antara golongan yang ketiga. Dan risaulah jika kita tiada tempat antara ketiga-tiga golongan itu kerana itu bermaksud kita bukanlah daripada golongan orang yang beriman kepada Allah. Kenapa saya berkata sedemikian? Kerana sesungguhnya orang yang beriman kepada Allah akan membuat segala amalan dan ibadah yang diperinta oleh Allah serta menjauhi segala yang dilarang olehNYA.

Wahai hati, jiwa dan tubuh milik Allah ini..patuhlah padaNya, taatilah perintahNya dan jauhilah laranganNya..kerana semua ini akan kembali semula pada tuannya..Allah Yang Berkuasa. Saya berdoa agar kita semua dipermudahkan urusan didunia, di kubur dan di akhirat oleh Allah..amiin..Saya juga memohon agar sahabat-sahabat mendoakan saya, semoga Allah permudahkan semua urusan saya dan semoga Allah menguatkan jiwa, roh dan tubuh saya ini menghadapi ujian yang sangat berat ini..Moga cinta Allah sentiasa bersama kita..amiin ya Rabbal 'Alamin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

::sepanjangnya..:

"pelayaran kita pasti akan ketemu daratan..bahtera kita mungkin berbeza tapi tetap sama..menuju daratan yang hanya miliki dua perlabuhan sama ada..syurga/neraka..menang/syahid..tewas/mati sia-sia..itulah kepastian yang sepatutnya kita persiapkan......."

::ukhuwah lillah abadan abada::

::ukhuwah lillah abadan abada::

::dakwah itu indah::

::dakwah itu indah::

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

powered by blogger

1 : :