Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Rabu, 12 Ogos 2009

AdAB meNuntUT iLmU

Menuntut ilmu adalah satu kewajipan bagi kita sebagai kaum Muslim. Banyak sekali dalil yang membuktikan keutamaan ilmu, para penuntut ilmu dan yang mengajarkannya. Adab-adab di dalam menuntut ilmu yang harus kita ketahui sangatlah banyak. Kepentingan untuk mengetahui adab-adab ini adalah agar ilmu yang kita pelajari akan membuahkan faedah untuk kita dan orang yang ada di sekeliling kta. Di antara adab-adab tersebut adalah:

1* Ikhlas semata-mata kerana Allah SWT

Niat kita untuk menuntut ilmu hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah SWT dan juga demi kehidupan di akhirat kelak. Berkenaan seseorang yang menuntut ilmu semata-mata kerana ingin mendapat gelaran, pangkat atau ingin popular, Rasulullah SAW telah mengkhabarkan tentang golongan sedemikian di dalam hadith Baginda:

"Barangsiapa yang menuntut ilmu yang pelajari hanya kerana Allah SWT, sedangkan ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan harta benda dunia, ia tidak akan dapat mencium bau Syurga pada hari kiamat."(Riwayat Ahmad, Abu,Daud dan Ibnu Majah)

Tetapi, sekiranya ada yang mengatakan bahawa cita-citanya adalah ingin mendapatkan kelulusan yang lebih tinggi (contohnya MA atau PhD) bukan kerana ingin mendapatkan kesenangan dunia, sebaliknya kerana sudah menjadi kebiasaan yang tidak tertulis bahawa seseorang yang memiliki latar pendidikan yang lebih tinggi, segala ucapannya akan lebih didengari orang di dalam menyampaikan ilmu atau dalam mengajar. Niat ini, insya Allah termasuk di dalam niat yang benar.

2* Untuk menghilangkan kejahilan dari dirinya dan orang lain

Semua manusia pada asalnya adalah bodoh. Sekiranya kita berniat untuk menghilangkan kejahilan dari diri kita, setelah kita menjadi orang yang berilmu kita harus mengajarkannya kepada orang lain. Ini adalah untuk menghilangkan kejahilan dari diri mereka.

Apakah syarat untuk memberi manfaat kepada orang lain itu dengan kita duduk di masjid dan mengadakan satu pengajian sahaja atau kita memberi manfaat kepada orang lain dengan ilmu itu pada setiap saat? Jawapan yang benar adalah pilihan yang kedua; kerana Rasulullah SAW bersabda:

"Sampaikanlah dariku walaupun cuma satu ayat." (Riwayat Bukhari)

Imam Ahmad berkata: “Ilmu itu tidak ada bandingannya apabila niatnya benar.” Murid-muridnya bertanya: “Bagaimanakah yang demikian itu?” Beliau menjawab: “Ia berniat menghilangkan kebodohan dari dirinya dan dari orang lain."

3* Berniat menuntut ilmu untuk membela syari'at

Sudah menjadi keharusan bagi para penuntut ilmu berniat di dalam menuntut ilmu untuk membela syari'at. Ini kerana kedudukan syari'at adalah sama dengan pedang, yakni jika tidak ada orang yang menggunakannya ia tidak bererti apa-apa. Penuntut ilmu harus membela agamanya dari hal-hal yang menyimpang dari agama, sebagaimana tuntutan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Perkara ini tidak akan dapat dilaksana kecuali oleh orang-orang yang memiliki ilmu yang benar, sesuai petunjuk Al-Qur'an dan As-Sunnah.

4* Berlapang dada dalam menerima perbezaan pendapat

Apabila wujud perbezaan pendapat, penuntut ilmu sewajarnya menerima perbezaan itu dengan berlapang dada selagi perbezaan itu adalah pada persoalan ijtihad, bukan persoalan Aqidah. Ini kerana persoalan Aqidah adalah masalah yang tidak ada perbezaan menurut ittifa’ ulama’. Berbeza di dalam masalah ijtihad adalah perbezaan pendapat yang telah wujud sejak zaman Sahabat, bahkan pada zaman Rasulullah SAW. Oleh itu, janganlah sampai kita menghina orang lain yang tidak sependapat dengan kita.

5* Mengamalkan ilmu yang telah diperolehi

Termasuk di dalam adab yang tepenting bagi para penuntut ilmu adalah mengamalkan ilmu yang telah diperolehi. Ini kerana amal adalah buah dari ilmu, baik ilmu Aqidah, Ibadah, Akhlaq mahupun Muamalat. Orang yang telah memiliki ilmu adalah ibarat orang yang memiliki senjata. Ilmu atau senjata tidak akan ada gunanya kecuali dengan digunakan.

6* Menghormati para ulama’ dan memuliakan mereka

Penuntut ilmu harus sentiasa berlapang dada di dalam menerima perbezaan pendapat yang wujud di kalangan ulama. Jangan sampai ia mengumpat atau mencela ulama; yang kebetulan keliru di dalam memutuskan suatu masalah. Mengumpat orang biasa sudah termasuk di dalam dosa besar, apatah lagi jika orang itu adalah seorang ulama.

7* Mencari kebenaran dan bersabar

Termasuk adab yang paling penting bagi kita sebagai seorang penuntut ilmu adalah mencari kebenaran dari ilmu yang telah diterima. Mencari kebenaran dari khabar yang sampai kepada kita yang menjadi sumber hukum. Ketika sampai kepada kita sebuah hadith misalnya, kita harus meneliti lebih dahulu tentang kesahihan hadith tersebut. Jika kita sudah pasti bahawa hadith tersebut adalah sahih, kita harus berusaha lagi untuk mencari pengertian hadith tersebut.

Di dalam mencari kebenaran ini, kita harus bersabar. Jangan tergesa-gasa, jangan cepat merasa bosan atau keluh kesah. Jangan sampai kita mengaji tidak habis, tidak menghabiskan satu kitab yang dipelajari, kemudian digantikan dengan kitab yang lain. Jika itu yang terjadi, kita tidak akan mendapat ilmu dari apa yang kita tuntut. Di samping itu, mencari kebenaran di dalam ilmu sangat penting kerana sesungguhnya pembawa berita kadangkala mempunyai maksud yang tidak benar, atau barangkali tidak bermaksud jahat namun dia keliru di dalam memahami sebuah dalil.

*Dipetik dari kitab "Kitabul Ilmi" karangan Sheikh Muhammad bin Shalih Al-‘Uthaimin"

::sepanjangnya..:

"pelayaran kita pasti akan ketemu daratan..bahtera kita mungkin berbeza tapi tetap sama..menuju daratan yang hanya miliki dua perlabuhan sama ada..syurga/neraka..menang/syahid..tewas/mati sia-sia..itulah kepastian yang sepatutnya kita persiapkan......."

::ukhuwah lillah abadan abada::

::ukhuwah lillah abadan abada::

::dakwah itu indah::

::dakwah itu indah::

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

powered by blogger

1 : :